Wednesday, July 11, 2012

MESYUARAT KURSUS BAHASA ARAB KALI KE 5/2012

11/7/2012 Telah diadakan satu mesyuarat bagi mengadakan satu kursus bahasa Arab di empat buah sekolah di dalam daerah Temerloh, Bentong, Jerantut dan Bera. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Abd Mubin b. Muhamed Pengetua SMA Pulau Tawar Jerantut.

Thursday, April 19, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNIKL

16/4/2012 Semua pelajar tingkatan 5 telah dibawa melawat ke Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Pelajar2 dan guru pengiring telah dibawa melawat ke kampus induk di KL dan telah diberikan taklimat berhubung kursus2 yang ditawarkan di UNIKL tersebut. Pelajar amat berpuas hati terhadap taklimat yg diberi dan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti.

Wednesday, April 18, 2012

PERUBAHAN NOMBOR TALIAN TELEFON DAN FAKSIMILI

Dimaklumkan nombor talian telefon dan faksimili Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah, Guai, Temerloh telah berubah seperti berikut:

NO. TELEFON : 09-2793439
NO. FAKS : 09-2792439

Sekian dimaklumakan

Thursday, April 12, 2012

KUNJUNGAN KE KULLIAH STASAB PEKAN

Selesai melawat Ke Maahad Tahfiz para pelajar telah dibawa berkunjung ke Kulliah STASAB Pekan dan Ke JAIP. Pelajar telah melawat semua bahagian di JAIP dan diberikan taklimat oleh Alfadhil Us Lebai Idris.Pelajar kemudiannya dijamu dengan makanan dan minuman di bilik Mesyuarat JAIP. Terima kasih semua semoga jasa kalian dibalas oleh ALLAH SWT.

LAWATAN KE MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

10/4/2012 jam 7.30 pagi Satu lawatan sambil belajar telah diadakan oleh Kelab Tahfiz SMA Guai ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Tanjung Lumpur Kuantan. Lawatan ini bagi memberikan pendedahan kepada ahli kelab teknik penghafalan yang berkesan seperti yang diterapkan di Maahad Tahfiz tersebut. Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas layanan baik yang diberikan.

Monday, March 5, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA MASISUPA 2012

5/2/2012 BERTEMPAT DI SMA Maran telah diadakan Mesyuarat tersebut bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan MASISUPA yang akan dilaksanakan pada 9 hingga 12 Mac 2012 nanti.

Wednesday, February 15, 2012

MESYUARAT PENGETUA SMA PAHANG KERAJAAN NEGERI PAHANG BIL. 1/2012


Mesyuarat telah diadakan di Dewan Melati De Rhu Beach Resort Kuantan dan dipengerusikan oleh Yh. Dato' Pengarah JAIP