Monday, November 30, 2009

PENYERAHAN CEK MANFAAT TAKAFUL KEPADA PENJAGA PELAJAR SMAIG


Didalam gambar penjaga kepada Ahmad Bahari Bin Deraman menerima cek Manfaat Takaful (Takaful Malaysia) daripada Pengetua SMA Al-Ittifaqiyyah, Guai. Ustaz Zulkifli Bin Md. Nor. pembayaran Manfaat tersebut merupakan tuntutan kemalangan pelajar ini yang mengalami kemalangan pada 8 Ogos 2009 lalu, Beliau dimasukan ke wad (HoSHAS) selama 6 hari oleh kerana mengalami kecederaan serius dibahagian pergelanggan tangan kanan. Pihak sekolah sangat mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar disekolah ini.

Wednesday, November 18, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMA GUAI 2009

Assalamualaikum

Adalah dimaklumkan bahawa SMA Al-Ittifaqiyyah Guai, Temerloh akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 yang dirasmikan oleh YH. Dato' Haji Abd Manan Bin Haji Abd Rahman (Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang) pada ketetapan berikut:-

Tempat:Dewan Aspuri, SMA AL-ITTIFAQIYYAH, GUAI. TEMERLOH

Tarikh: 20 November 2009 (JUMAAT)

Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Dijemput semua ibubapa dan pembaca-pembaca blog untuk datang bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Friday, November 6, 2009

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

PENGETUA
USTAZ HJ. ZULUKIFLI BIN HJ. MD NOR
013-9254759

GURU PENOLONG KANAN (KURIKULUM)
USTAZAH NORIDA BINTI BADARUDDIN
013-9961718

GURU PENOLONG KANAN (HAL EHWAL MURID)
CIKGU ZAMZABAR BIN ABD. RAHIM
019-9245254

GURU PENOLONG KANAN (KO-KURUKULUM)
USTAZ MOHD HAFIZ BIN MAHUSAIN
019-9102452

GURU DISIPLIN
CIKGU HAJI SALITURAHIM BIN ALIAS
0129646886

GURU AKADEMIK
CIKGU NORAZIAH BINTI ALWI
019-9475578

GURU AGAMA
USTAZAH ROZIAH BINTI HASSAN - 012-9660612
USTAZAH NORHIMAH BINTI MUDA - 019-9012012
USTAZAH SALWA RATNAWATI BINTI HJ. AHMAD - 013-9352918
USTAZAH NOR AZREEN BINTI AHMAD - 019-3639754
UZTAZAH SUHADAH BIN MOHD TOKIRAN - 019-9799733

KAKITANGAN SEKOLAH

MOHAMAD KHAIRUL LUBIS BIN RAZAK - 019-9897074
(PEMBANTU TADBIR KEWANGAN)

MOHD KHAIRI BIN MOHAMED RAMLI
(PEMBANTU TADBIR PENTADBIRAN/OPERASI) - 012-2492936

SHAMSUDIN BIN ABU HASSAN - 017-9182381
(PEMBANTU MAKMAL)

MOHD NORIMAN BIN BAHARIM - 012-6726395
(PENYELIA ASRAMA)

NOR HALIMI BIN KAMARUDIN - 019-9603862
(PEMBANTU AM PEJABAT)

HANITA BINTI TAIRAN - 019-9789797
(PEMBANTU TADBIR RENDAH)

SHAR RIZAN BIN MAHMUD - 012-9587073
(PEMBANTU RENDAH AM)

BADRUL HISYAM BIN NOR AZMI - 012-9648460
(PEMBANTU RENDAH AM)

Wednesday, November 4, 2009

SEJARAH RINGKAS

Jaraknya yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar membayangkan betapa sayapnya pemandangan masyarakat akan kedudukan Sek.Men.Agama Al-Ittifaqiyyah Guai, apatah lagi struktur pembangunannya yang terletak hampir di pinggir sungai pahang. Didirikan pada hari khamis 16 Oktober 1947 bersamaan 1 Zulhijjah 1366 Hijjrah. Dengan berbekalkan usaha keringat empat kerat dan kegigihan serta muafakat bersama seluruh masyarakat kampung Guai, terbinalah sekolah ini pada awalnya di atas tanah seluas 2 ekar yang dibeli dari sumber kewangan hasil sumbangan / derma orang ramai. Pada awalnya pembinaan, kerja-kerja dilakukan secara gotong royong dengan pembahagian tugas kepada beberapa peringkat, orang kampung bekerjasama menarah kayu-kayan hutan, memasang lantai, dinding dan atap dari daun serdang. Bermula dari sinilah terukirnya nama “ITTIFAQIYYAH” yang bermakna muafakat dan kerjasama di antara satu sama lain. Sekolah ini di tadbir pada awalnya oleh seorang ulamak yang bergelar Tok Guru Haji Abd. Majid bin Buyong.

Pada awal tahun 1950, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang menyandang jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ketika itu membuat lawatan rasmi ke sekolah ini dan dengan tulus hati telah menyalurkan peruntukan bagi menggantikan atap dari daun serdang kepada atap zink.

Segala berubah dari saat ini, kehadiran ibu bapa dari kebanyakan kampung-kampung berhampiran dan daerah telah mula memperlihatkan minat untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu agama dan belajar kitab di sekolah ini. Diwaktu itu tiada kemudahan perhubungan jalanraya ke Kampung Guai melainkan melalui jalan air dengan menaiki bot sungai sahaja. Apabila jalan tanah merah (Jalan balak yang dibina oleh Syarikat Pembalakan ketika itu) diwujudkan, keadaan sekali lagi berubah apabila semakin ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sini. Kali ini ada yang datang dari luar Negeri Pahang. Sekali lagi pihak pentadbiran sekolah waktu itu menghadapi masalah menyediakan penempatan penghuni yang hendak tinggal di asrama sehinggalah

Pada akhir tahun 1955, asrama tersebut dapat dibina secara bergotong royong di atas tapak tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang cinta dan dahagakan pembangunan agama di kawasan ini. Bangunan asrama yang proses pembinannya dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan selepas solat tarawih sehingga ke subuh dari kerja-kerja menggali dan meratakan tapak sehinggalah siap sebuah bangunan asrama yang boleh diduduki seawal Syawal bergema.

Keadaan ini berlarutan sehingga 30 tahun lamanya. Setelah sekolah ini diambilalih oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Agama Islam Pahang pada tahun 1998, kini segalanya berubah secara beransur-ansur. Dalam usia singkat pengambilalihan ini, Bahagian Khidmat Dan Pengurusan Jabatan Agama Islam Pahang telah menyiapkan satu blok Asrama Perempuan pada kos pembinaan sebanyak RM 444,379.64 (Ringgit Malaysia : Empat ratus empat puluh empat ribu tiga ratus tujuh puluh sembilan dan sen enam puluh empat). Dan telah dihuni oleh pelajar pada pertengahan tahun 2001 sehingga kini

Dalam pada itu juga pihak sekolah sedang giat menjalankan usaha-usaha pembaikan kecil dan pengubahsuaian pada bangunan sediaada untuk dijadikan asrama lelaki, kantin,dewan makan dan dapur asrama (penempat sementara) dengan kos perbelanjaan yang disalurkan oleh pihak Khidmat Pengurusan (Kewangan) Jabatan Agama Islam Pahang. Tindakan seumpama ini terpaksa terpaksa dilakukan berikutan ujuran kemasukan pelajar yang kian bertambah setiap tahun yang datangnya dari SMA AL-KHAIRIAH, SMA AL-WOSTO, SMA AL-IKHSAN dan ada juga dari kebanyakkan negeri di Semenanjung Malaysia.

Justeru, Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah Guai wajar mengalami perubahan penstrukturan yang radikal dari segi pembangunan dalam usaha merealisasikan hasrat untuk melahirkan Pelajar Cemerlang, Sekolah Gembilang, Guru Terbilang Dan Ummah Dijulang menjelang Wawasan 2020.