Saturday, December 18, 2010

Gotong-Royong

Pada 21.12.2010 satu gotong-royong bagi menanam pokok2 bunga di luar pagar sekolah akan diadakan. Kepada semua guru dan kakitangan agar tidak ada yang menguzurkan diri.

selamat bersara

Al-Fadhil Us. Haji Abdul Rashid bin Sidek akan bersara pada 1.1.2011 nanti. Pengetua, guru-guru dan pelajar mengucapkan selamat bersara dan didoakan semoga sentiasa sihat dan ceria. Jamuan perpisahan akan diadakan pada 30.12.2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Temerloh jam 11.00 pagi.semua guru dijemput hadir

Wednesday, December 1, 2010

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua guru SMA Al-Ittifaqiyyah Guai namun jangan lupa tugas tuan-puan terhadap anak2 didik 2011 nanti. Jengok2lah sekolah jika ada kelapangan. Salam cuti-cuti malaysia. 5.12.2010 nanti kita beramai2 ke rumah syam di mempatih lancang meraikan perkahwinannya.

SPM 2010 bermula

23.11.2010 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah bermula. Guru-guru dan Pengetua mengucapkan selamat menjawab dengan berhati-hati dan didoakan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang

Thursday, May 20, 2010

Peperiksaan bermula...

Assalamualaikum...

selamat menjawab kepada semua pelajar SMAIG...jawab betul2...

Wednesday, May 19, 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Assalamualaikum..

Hari ini bersamaan 5 Jamadulakhir, guru2 dan pelajar2 SMAIG bersama-sama menjayakan sambutan Hari Guru 2010 peringkat sekolah.Pelbagai acara telah diatur oleh para pelajar khususnya pelajar tingkatan lima yang telah diamanahkan untuk mengendalikan acara sambutan ini.

Moga-moga sambutan Hari Guru ini dapat mendekatkan lagi para pelajar dengan guru-guru mereka dan menjadikan para guru lebih gigih dalam menjalankan tugas serta menabur bakti kepada anak bangsa sendiri...

Tuesday, May 11, 2010

GAMBAR 2007


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Assalamualaikum....

Makluman kepada semua yang membaca blog ini...

Peperiksaan pertengahan tahun 2010 akan diadakan bermula dari tarikh 20/05/2010 sehingga 04/06/2010.Peperiksaan adalah meliputi matapelajaran-matapelajaran akademik dan bouth.

Diharapkan anda semua bersama kami didalam mendoakan kejayaan adik-adik di SMAIG.Semoga mereka berjaya mengharungi peperiksaan tersebut. Amin.