Sunday, November 20, 2011

PENGUMUMAN TARIKH PENDAFTARAN BAGI SESI 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA IBU/BAPA/PENJAGA PELAJAR SMAIG, TARIKH PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR UNTUK SESI PEMBELAJARAN TAHUN 2012 ADALAH PADA 3 JANUARI 2012...


Thursday, August 18, 2011

PENGUMUMAN KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 UNTUK SESI 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1 BAGI SESI TAHUN 2012 YANG INGIN MEMASUKI SEKOLAH MENENGAH AGAMA DI NEGERI PAHANG, PERMOHONAN TELAH DIBUKA BERMULA DARI :

  • 1 OGOS 2011 - 5 SEPTEMBER 2011 ISNIN)
  • BORANG YANG TELAH DIPENUHI DAN LENGKAP DENGAN DOKUMEN SAHAJA AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMU UJI PADA 1 OKTOBER 2011.
  • BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI SEMUA PEJABAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PAHANG / PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH NEGERI PAHANG / MUAT TURUN DI LAMAN WEB JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG (JAIP) http://jaip.pahang.gov.my/ .

U/P: SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN PERMOHONAN UNTUK KEMASUKAN DI SMA AL-ITTIFAQIYYAH GUAI, SILA HUBUNGI TALIAN SPERTI YANG TERTERA DI ATAS BLOG INI.



SEKIAN TERIMA KASIH.

Sunday, April 24, 2011

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 8 2011 & HARI KECEMERLANGAN PELAJAR 2011



Semua ibubapa dan jemputan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Wednesday, February 23, 2011

Lawatan Sambil Belajar








Pada 19/2/2011 telah diadakan satu lawatan sambil belajar untuk semua pengawas sekolah dan pelajar kelas tahfiz 2010 ke Kuala Lumpur. Diantara tempat yang telah dilawati ialah Pusat Sains Negara Bukit Kiara, Muzium Negara, Planetarium, Masjid negara, Pusat Kraf dan KLCC. Pelajar-pelajar telah diraikan oleh Yb. en Norol Azali Adun Guai dalam satu jamuan makan tengahhari di tingkat 24 bangunan Mara. Pada sebelah malamnya pula pelajar telah membeli-belah di Tesco Ampang. Sampai ke SMA Guai jam 12.00 t/malam

Jamuan Makan Malam


Pada 15/2/2011 telah diadakan satu jamuan makan malam bagi meraikan 2 orang pengetua sekolah yang telah bersara. Beliau adalah ybgh Datin Hajah Rohani binti Hakim pengetua SMA Al-Khairiah Temerloh dan Al-Fadhil Ustaz Razemi bin Kassim Pengetua SMA Al-Falah Batu Talam Raub. Kepada kedu-duanya selamat bersara dan semoga berbahagia selalu.

Monday, February 14, 2011

PEMAKAIAN KAD TANDA NAMA PELAJAR

Bermula 1 Februari 2011, Penguatkuasaan pemakain kad tanda nama pelajar telah dilaksanakan. Pemakaian kad tanda nama pelajar ini adalah sebagai pengenalan diri semua pelajar ketika berada sekolah ini. Kad ini direka khas dan dikeluarkan oleh pihak pentadbiran sekolah ini sendiri. berikut adalah contoh kad tanda nama pelajar SMA Al-Ittifaqiyyah, Guai, Temerloh:

Friday, February 11, 2011

Sambutan Maulidurrasul 1433H

Sambutan Maulidurrasul peringkat kg. Guai akan diadakan pada 18.2.2011 (Jumaat) Perarakan akan bermula di Sekolah Kebangsaan Guai hingga ke SMA Al-Ittifaqiyyah Guai,manakala jamuan makan tengahari akan diadakan di perkarangan masjid kg guai. semua ahli kariah dijemput hadir

PERTUKARAN PENGETUA SMA PAHANG

10.2.2011 Hari ini berlakulah pertukaran semua pengetua SMA Pahang kecuali Sek. Men. Agama Al-ittifaqiyyah Guai. Pertukaran ini melibatkan kenaikan pangkat beberapa orang pengetua dan guru penolong kanan yang mendapat jawatan gred dg48. Selamat bertugas di sekolah baru dan bersyukurlah kita semua kepada Allah.

Tuesday, January 18, 2011

Mesyuarat Fasilitator (JSU) Peperiksaan Bersama SMA Pahang 2011

Tuan Haji Abdul Mubim bin Mohamed sedang mempengerusikan mesyuarat


Hari ini 13 safar 1432/18 Januari 2011 (selasa)telah diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan isu-isu dan pembentangan Modul oleh para fasilitator yang telah dilantik. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Mubim bin Mohamed Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP. Turut hadir us. Bashiruddin, us. Karim Nor, us.Haidhir, us. us. Badrul Hisyam, us. Kauthar, ustazah Hayati Hanim, Ust. kamariah dan ust. Rajihan. Selamat bermesyuarat.

Saturday, January 1, 2011

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAHARI BAGI MERAIKAN PERSARAAN USTAZ RASHID BIN SIDEK

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAHARI BAGI MERAIKAN PERSARAAN USTAZ HAJI ABD RASHID BIN SIDEK

30 DISEMBER 2010 - Hotel Sri Malaysia, Temerloh. SMA Al-Ittifaqiyyah, Guai, Temerloh telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari Bagi Meraikan Persaraan Al-Fadhil Ustaz Haji Abd Rashid Bin Sidek yang akan bersara pada tanggal 1hb Januari 2011. Dengan itu genap 28 tahun beliau berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang di bawah Jabatan Agama Islam Pahang. Beliau telah berkhidmat di SMA Al-Ittifaqiyyah, Guai, Temerloh ini selama setahun bermula awal tahun 2010.


Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mohammad Saifullah Bin Baharin


Turut hadir Pengetua SMA Maran Dan GPK SMA Al-Khairiah, Temerloh


Ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMAIG, Ustaz Zulkifli Md Nor


Wasiat dan nasihat terakhir Al-Fadhil Ustaz Haji Abd Rashid Bin Sidek


Majlis diserikan dengan Kumpulan Nasyid dari Ma'ahad Tahfiz Al-Amin, Berhala Gantang.


Kenangan Terakhir
Dari Kiri : Ust. Mohamad Hafiz Mahusain, Cikgu Zamzabar Abd Rahim, Ust. Abd Rashid Sidek, Ust. Zulkifli Md Nor, Ust. Mohammad Saifullah Baharin, Ust. Suhaimi Mohd Sharif.