Tuesday, January 18, 2011

Mesyuarat Fasilitator (JSU) Peperiksaan Bersama SMA Pahang 2011

Tuan Haji Abdul Mubim bin Mohamed sedang mempengerusikan mesyuarat


Hari ini 13 safar 1432/18 Januari 2011 (selasa)telah diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan isu-isu dan pembentangan Modul oleh para fasilitator yang telah dilantik. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Mubim bin Mohamed Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP. Turut hadir us. Bashiruddin, us. Karim Nor, us.Haidhir, us. us. Badrul Hisyam, us. Kauthar, ustazah Hayati Hanim, Ust. kamariah dan ust. Rajihan. Selamat bermesyuarat.

Saturday, January 1, 2011

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAHARI BAGI MERAIKAN PERSARAAN USTAZ RASHID BIN SIDEK

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAHARI BAGI MERAIKAN PERSARAAN USTAZ HAJI ABD RASHID BIN SIDEK

30 DISEMBER 2010 - Hotel Sri Malaysia, Temerloh. SMA Al-Ittifaqiyyah, Guai, Temerloh telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari Bagi Meraikan Persaraan Al-Fadhil Ustaz Haji Abd Rashid Bin Sidek yang akan bersara pada tanggal 1hb Januari 2011. Dengan itu genap 28 tahun beliau berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang di bawah Jabatan Agama Islam Pahang. Beliau telah berkhidmat di SMA Al-Ittifaqiyyah, Guai, Temerloh ini selama setahun bermula awal tahun 2010.


Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mohammad Saifullah Bin Baharin


Turut hadir Pengetua SMA Maran Dan GPK SMA Al-Khairiah, Temerloh


Ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMAIG, Ustaz Zulkifli Md Nor


Wasiat dan nasihat terakhir Al-Fadhil Ustaz Haji Abd Rashid Bin Sidek


Majlis diserikan dengan Kumpulan Nasyid dari Ma'ahad Tahfiz Al-Amin, Berhala Gantang.


Kenangan Terakhir
Dari Kiri : Ust. Mohamad Hafiz Mahusain, Cikgu Zamzabar Abd Rahim, Ust. Abd Rashid Sidek, Ust. Zulkifli Md Nor, Ust. Mohammad Saifullah Baharin, Ust. Suhaimi Mohd Sharif.