Wednesday, February 15, 2012

MESYUARAT PENGETUA SMA PAHANG KERAJAAN NEGERI PAHANG BIL. 1/2012


Mesyuarat telah diadakan di Dewan Melati De Rhu Beach Resort Kuantan dan dipengerusikan oleh Yh. Dato' Pengarah JAIP

Tuesday, February 14, 2012

SESI BRAINSTORMING HALA TUJU SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN NEGERI PAHANG



14/2/2012 Jam 8.30 malam satu sesi brainstorming telah diadakan di Dewan Melati Dhe Rhu Resort Kuantan bagi membincangkan Hala Tuju Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang.

Monday, February 13, 2012

KEM REMAJA BISTARI 2012





Pada tanggal 3/2/2012 hingga 5/2/2012 yang lalu telah diadakan satu program iaitu Kem Remaja Bistari di Kela Advanture Camp Raub, semua pelajar tingkatan 4 telah mengikuti program ini dengan diiringi oleh pengetua us. Zulkifli serta 4 orang guru bagi mempastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang program tersebut. Tahniah kepada guru pembimbing dan penyumbang di atas program tersebut

Saturday, February 11, 2012

RANCANGAN PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-ITTIFAQIYYAH, TEMERLOH, GUAI

Pelan pembangunan ini adalah perancangan pembangunan jangka panjang bagi Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah, Guai untuk mewujudkan satu persekitaran fizikal yang kondusif bagi keselesaan proses pembelajaran warga sekolah ini.


Muat turun fail


Thursday, February 9, 2012

MESYUARAT PEMANTAPAN PENGUASAAN BAHASA ARAB DALAM P&P


9.2.2012 Jam 10.00 pagi telah diadakan Mesyuarat ini dengan dipengerusikan oleh Al-Fadhil Us. Abdul Mubin bin Mohamed. Turut hadir pengetua SMA Al-Wosto, SMA Pelangai dan tuan rumah Al-Fadhil Us. Haji Zulkifli b. Mohd Nor. Selamat bermesyuarat demi peningkatan bahasa Arab anak-anak didik kita.

Wednesday, February 8, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012


Pada 2/2/2012 jam 7.00 malam telah diadakan di Dewan Amal Sekolah dengan penceramah jemputan Al-Fadhil Sheikh Mohamed Sayed Tolba seorang pensyarah di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Baru Selangor Darul Ihasan. Pelajar dan Ibubapa telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan Majlis tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sheikh Sayed, semoga usahamu ini diberkati Allah.