Wednesday, January 11, 2012

Mengumpul Dana Bagi Membeli Bas Mini

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sedang mengumpul dana dari para ibubapa dan dermawan untuk membeli sebuah bas mini/van bagi menampung keperluan pelajar sekolah. Kepada para dermawan semua sumbangan anda amat dialu-alukan.

Karenah Pelajar Baru Tingkatan 1/2012

Apalah nak jadi dengan anak2 alaf baru ni, ada yang tiap-tiap hari menangis ingatkan keluarga. Hari ini 2 orang pelajar lelaki telah bertukar ke SMK Jengka 2 dan SMA Al-Khairiah. Anak manjalah katakan. Pihak sekolah dah cuba menyediakan yang terbaik untuk mereka.

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU SMAIG

Pada 3 Januari 2012 pendaftaran pelajar baru SMAIG telah dijalankan. Semua warga SMAIG terdiri daripada Pentadbir,Guru-guru dan kakitangan sekolah sangat mengalu-alukan kehadiran semua pelajar tersebut. Diharap semua pelajar dan ibubapa berpuas hati dengan segala layanan dan perkhidmatan di sekolah ini.

PERMOHONAN UNTUK KEMASUKAN KE SEKOLAH INI TELAH DITUTUP KERANA ASRAMA TELAH PENUH.