Wednesday, February 23, 2011

Lawatan Sambil Belajar








Pada 19/2/2011 telah diadakan satu lawatan sambil belajar untuk semua pengawas sekolah dan pelajar kelas tahfiz 2010 ke Kuala Lumpur. Diantara tempat yang telah dilawati ialah Pusat Sains Negara Bukit Kiara, Muzium Negara, Planetarium, Masjid negara, Pusat Kraf dan KLCC. Pelajar-pelajar telah diraikan oleh Yb. en Norol Azali Adun Guai dalam satu jamuan makan tengahhari di tingkat 24 bangunan Mara. Pada sebelah malamnya pula pelajar telah membeli-belah di Tesco Ampang. Sampai ke SMA Guai jam 12.00 t/malam

Jamuan Makan Malam


Pada 15/2/2011 telah diadakan satu jamuan makan malam bagi meraikan 2 orang pengetua sekolah yang telah bersara. Beliau adalah ybgh Datin Hajah Rohani binti Hakim pengetua SMA Al-Khairiah Temerloh dan Al-Fadhil Ustaz Razemi bin Kassim Pengetua SMA Al-Falah Batu Talam Raub. Kepada kedu-duanya selamat bersara dan semoga berbahagia selalu.

Monday, February 14, 2011

PEMAKAIAN KAD TANDA NAMA PELAJAR

Bermula 1 Februari 2011, Penguatkuasaan pemakain kad tanda nama pelajar telah dilaksanakan. Pemakaian kad tanda nama pelajar ini adalah sebagai pengenalan diri semua pelajar ketika berada sekolah ini. Kad ini direka khas dan dikeluarkan oleh pihak pentadbiran sekolah ini sendiri. berikut adalah contoh kad tanda nama pelajar SMA Al-Ittifaqiyyah, Guai, Temerloh:

Friday, February 11, 2011

Sambutan Maulidurrasul 1433H

Sambutan Maulidurrasul peringkat kg. Guai akan diadakan pada 18.2.2011 (Jumaat) Perarakan akan bermula di Sekolah Kebangsaan Guai hingga ke SMA Al-Ittifaqiyyah Guai,manakala jamuan makan tengahari akan diadakan di perkarangan masjid kg guai. semua ahli kariah dijemput hadir

PERTUKARAN PENGETUA SMA PAHANG

10.2.2011 Hari ini berlakulah pertukaran semua pengetua SMA Pahang kecuali Sek. Men. Agama Al-ittifaqiyyah Guai. Pertukaran ini melibatkan kenaikan pangkat beberapa orang pengetua dan guru penolong kanan yang mendapat jawatan gred dg48. Selamat bertugas di sekolah baru dan bersyukurlah kita semua kepada Allah.